Tinjau Malaysia Merketplace

.

Perhatian!!!! Blog ini sekadar memudahkan peminat-peminat filem lama mencari dan menonton sahaja. Dengan ini cerita-cerita tersebut tidak akan terpapar sekiranya "youtube uploader" tersebut membuang cerita-cerita mereka dari akaun youtube.. Harap Maklum... TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG. SEMOGA TERHIBUR. KLIK BANNER IKLAN IANYA TIDAK MENGANGGU TONTONAN.. TQVM






----TIP MENONTON KLIK SINI----
----NAK DOWNLOAD? LIHAT CARA-CARANYA DISINI----

Monday, February 20, 2012

Iklan Proton Saga 1986

Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton. Varian Saga amat popular di kalangan pemandu teksi kerana harganya yang murah serta kos penyelenggaraan yang rendah.

Friday, February 17, 2012

Berita Baik Kepada Blogger-Blogger Malaysia

Ada nak share sikit pasal ping blog khas untuk blogger2 Malaysia. Review ni aku copy paste dari jom.tinjau.net

Kepada blogger-blogger anda nilaikan sendiri. Kalau ok boleh lah join.

"
Jom.Tinjau.Net merupakan sebuah portal komuniti blogger-blogger Malaysia yang mana merupakan sebuah direktori Blog dan link. Ianya berfungsi menyenaraikan secara automatik setiap link-link entri blog anda apabila anda memasukkan entri baru di blog anda. Hanya sekali daftar sahaja, setiap entri blog anda akan di link kan disini. Jimat masa anda. Anda tidak perlu lagi submit setiap link entri anda seperti kebiasaan. Biar jom.tinjau.net membantu anda menaikkan traffik blog anda dengan penggunaan masa yang sangat minimum.
Semua blogger-blogger Malaysia dijemput untu menyertai jom.tinjau.net secara percuma seumur hidup.  Anda seorang blogger? Anda mempunyai blog?
Auto-Share Entry terbaru blog anda di jom.tinjau.net – Setiap kali anda post entry baru di blog anda secara automatik ianya akan di “link” kan di jom.tinjau.net  "
*Kepada peminat-peminat filem lama... sorry enrty terkeluar sikit dari tema.. :)

Thursday, February 16, 2012

Konsert memperingati Sudirman 24 Februari 2012

SEMPENA memperingati jasa dan pengorbanan penyanyi tersohor Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, stesen televisyen RTM membawakan konsert tribute Sudirman... Abadi Di Hati pada 24 Februari ini. 

Konsert berkonsepkan kronologi penyanyi itu menampilkan kelainan dengan persembahan lagu hit Allahyarham yang jarang didengar atau diputarkan di stesen radio seperti Hilang Berganti, Hujan, Kehadiranku dan Jali Jali. Penerbit Perkhidmatan Muzik RTM, Ali Shaib berkata, selepas kejayaan penganjuran konsert Suara Hati Sudirman lima tahun lalu di Stadium Melawati, RTM komited mengangkat karya seniman itu sejajar dengan bulan memperingati Allahyarham. “Melodi lagu Allahyarham tidak akan diubah sebaliknya kita akan membuat susunan muzik agar bersesuaian dengan penyanyi yang akan menyanyikan lagunya. 

“Konsert ini berkonsepkan kronologi di mana kita akan tampilkan lagu daripada album pertamanya, Teriring Doa, sehingga album terakhirnya, Setelah Kau Tiada. Malah kita juga akan membawa karyawan muzik yang pernah bekerjasama dengannya. 

“Orang kenal lagu Balik Kampung, Salam Terakhir, Merisik Khabar tetapi orang tak tahu yang Allahyarham juga pernah menyanyikan lagu Jali Jali walaupun itu bukan lagu dia. Kelainan itu yang akan kita tampilkan dengan mengenengahkan lagu-lagu hitnya yang jarang didengar,” katanya pada majlis pelancaran kalendar Siri Orkestra RTM 2012 dan konsert terbabit oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus. 

Konsert yang diiringi 40 pemuzik Orkestra RTM itu menampilkan 24 lagu hit Sudirman sejak awal kemunculannya dalam industri muzik yang akan disampaikan penyanyi Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan Rey (Bintang RTM). 

Selain konsert itu, RTM turut membawakan konsert Datuk Sharifah Aini pada 1 April ini dan Konsert Refleksi Rakyat yang menyajikan elemen muzik, lagu dan irama alam.
 
Sumber: Berita Harian, Cari.com.my

Saturday, February 11, 2012

Jom Tengok | Dua Kali Lima

Filem ini mengisahkan pertelingkahan antara Kulop Besar dan Kulop Kecil. Kedua-dua mereka mengusahakan perniagaan kedai jahitan. Dalam usaha untuk menarik pelanggan, pelbagai cara dilakukan mereka... Lakonan Wahid Satay,Mat Sentol, Anita Sarawak, Siti Tanjung Perak
Jom Tengok ...........

Jom Tengok Batu Durhaka 1962

Batu Durhaka 1962
Filem Batu Durhaka merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1962. Filem Batu Durhaka diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Batu Durhaka diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1962.

Jom Tengok Batu Durhaka....

Sunday, February 5, 2012

Puteri 1987

Filem ini diterbitkan pada tahun 1987 dan diarahkan oleh Dato Rahim Razali. Filem ini dibintangi oleh Ogy Ahmad Daud,Eman Manan,Datuk Ahmad Tamimi Siregar,Erma Fatima,Ahmad Marbawi,Marlia Musa,Dato' Haji Rahim Razali











Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

.

.