Tinjau Malaysia Merketplace

.

Perhatian!!!! Blog ini sekadar memudahkan peminat-peminat filem lama mencari dan menonton sahaja. Dengan ini cerita-cerita tersebut tidak akan terpapar sekiranya "youtube uploader" tersebut membuang cerita-cerita mereka dari akaun youtube.. Harap Maklum... TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG. SEMOGA TERHIBUR. KLIK BANNER IKLAN IANYA TIDAK MENGANGGU TONTONAN.. TQVM






----TIP MENONTON KLIK SINI----
----NAK DOWNLOAD? LIHAT CARA-CARANYA DISINI----

Wednesday, June 30, 2010

Koleksi Animasi Cerita Rakyat 1980 - 1990 an

Siapa membesar lingkungan tahun 1980-1990an kalau tidak silap, mesti pernah tengok cerita-cerita ini di TV. Teringat zaman kecil-kecil dahulu.. Zaman Gaban.. Suria Perkasa Hitam..

Hikayat Sang Kancil Dan Monyet



Arnab Yang Sombong


Gagak Yang Bijak


Hikayat Sang Kancil Dan Buaya


Iklan.. Klik jerr.. taknak join pon takpe.. yg penting klik. TQVM



Marah-Marah Sayang 1987

Marah-marah Sayang di arah oleh Johari Ibrahim

Lakonan:Ebby Saiful : (Pelakon Utama) Norlida : (Pelakon Utama) Dato Shah Rezza : (Pelakon Utama) Isma Aliff : (Pelakon Utama) Liza Abdullah : (Pelakon Utama) Noreen Noor : (Pelakon Utama) .
Rostam, Roslan dan Rosdin dibuang kerja kerana terlalu leka bermain muzik. Mereka masing-masing jatuh cinta dengan Salina, Sarina dan Safina, tetapi gadis itu menolak cinta mereka mereka. Rostam dan kawan-kawannya tidak pernah putus asa walaupun Salina dan sahabatnya melakukan pelbagai cara untuk menyakitkan hati mereka. AKhirnya tiga pasangan remaja itu berkahwin dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi setelah berkahwin Rostam dan kawan-kawannya melanggar semua syarat berkenaan dan akibatnya rumahtangga porak peranda.





Iklan Sikit.. Klik ler apa yang patut.




























Tamat

Iklan.. Klik Yer.. Tak Join Pon Takpo...TQ




Monday, June 28, 2010

Lagu Tanjung Puteri - Dan Siapa Si Bongkok

Tanjung Puteri ?? Pernah dengar lagu ini. Orang Johor rasanya mesti tahu.Dari apa yang di'Google' Senilagu dan senikata adalah dibuat oleh Ali Osman dan penyanyi asalnya kalau tak silap Aziz Ahmad. Orang Johor kalau salah tolong betulkan. Dari dulu sampai sekarang lagu ni banyak sangat versinya dan banyak dinyanyikan oleh banyak generasi muzik. Terpulang kepada anda versi mana yang telinga anda suka dengar. Melalui liriknya banyak perkara yang dapat kita bongkarkan. Tanjung Puteri rasanya adalah satu nama tempat di Johor. Dan jika anda baca lirik ada terselit nama seseorang iaitu Si Bongkok. Sebelum kita dalami lagi mengenai lagu lagenda ini, apakata kita dengar lagu ini dulu. Banyak versi jadi anda pilihlah versi mana yang anda suka..

Disebabkan halwa telinga aku ni ada elemen-elemen metal jadi untuk yang pertama aku letaklah versi As-Sahar.

Apa tak sedap? sakit telinga? Kebawahkan lagi anda banyak versi selamat berhibur.

Versi Aziz Ahmad Tuan upload youtube tidak benarkan ditampal disini jadi klik link untuk tengok. http://www.youtube.com/watch?v=zEOS4J4rprM&feature=related


Versi Othman Hamzah


Versi Loving Born


Versi Instrumental Man Kidal


Versi Abdullah Chik


Versi Rosiah Chik (Dilakon dan digayakan oleh Norlia Ghani dalam drama apa tah)


Versi Geng2 Jamming..


Versi Samtriggy


Versi Murguzz


Banyaknya versi. Dari artis dulu sampailah artis sekarang. Mungkin sesetengah orang akan menganggap versi ini tidak best la.. versi itu tak best la. Ikutlah halwa telinga anda versi mana yang best versi itu lah yang anda dengar.Apa yang best sangat lagu ni sampai banyak versi dari tua samapi ke muda nyanyikan lagu ini. Apa-apa pun jom kita tengok lirik dia. Apa yang ada dalam liriknya

Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri


Pada aku bila dengar lagu ni dengan alunan muzik yang syahdu dan lirik yang medalam akan timbul sikit perasaan kehilangan Temasik (Singapura) dari Jajahan Malaysia. Sebab Singapura suatu masa dahulu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Pada aku la... pada orang lain tak tahulah.. Mungkin orang Johor tahu apa yang diorang kenangkan bila dengar lagu ni..

Singah Stulang Membeli Kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi Pantai Tanjung Puteri.

Siapa Si Bongkok? Kenapa diselitkan dalam lirik lagu ni? Dari sedikit pembacaan dan bantuan pakcik google Si Bongkok adalah salah seorang pahlawan melayu yang memperjuangkan bangsa melayu ditangan penjajah. Tapi mengapa tidak sepopular Mat Kilau, Tok Janggut dll. Nak cerita panjang aku bukanlah sejarawan apa kata kita rujuk-rujuklah orang yang lebih mengetahui:-

Rujuk ke laman-laman berkut:-
1)http://latiptalib.blogspot.com/2007/07/pusara-si-bongkok-tanjung-puteri.html Tuan punya blog merupakan penulis buku.
2)http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-298363.html. Yang ni ada seseorang yang menampal di dalam forum
3)http://mesejabdul.wordpress.com/2008/11/10/ulasan-si-bongkok-tanjung-puteri/Yang ni pula ulasan dari pembaca buku latiptalib.

Ni adalah sikit gambar penulis buku Si Bongkok Tanjung Puteri (Latip Talib) semasa lawatan beliau menjejaki kubur Si Bongkok. Nak tengok banyak2 kena pergi ke blog beliau lah yer... atau beli buku beliau terus.






Kepada Anda yang budiman sekiranya anda terjumpa mana-mana link atau sumber mengenai Si Bongkok dan Tanjung Puteri boleh masukkan di ruang komen. Kepada bro2 Jamm kita yang memainkan lagu Tanjung Puteri versi anda juga dialu-alukan berkongsi link youtube anda. Marilah sama-sama kitaberkongsi..
TAK KANMELAYU HILANG DIDUNIA...... yeaaahhhh!!!






Sunday, June 27, 2010

Sweet Charity - Konsert Sejuta Wajah

Yeah!!!!Peminat-peminat otai Sweet Charity. Jom tengok Konsert Reunion Sweet Charity. Konsert Sejuta Wajah ini diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 1996 (Kalau tak silap la) Konsert ini sedikit sebanyak mengubat rindu peminat-peminat Sweet Charity setelah mereka berpecah. Kepada yang belum mengetahui, ini sedikit info mengenai band legend ini.

DITUBUHKAN 1969, Singapura


PENYANYI: Ramli Sarip

GITAR A. Ali (anggota asal sebelum merakamkan album; telah menyertai kumpulan pop Kembara & Pelangi)

Joe Salim Warren (anggota asal sebelum merakamkan album)

Rosli Mohalim

Ramli Sarip

BASS Rosli Mohalim (sebelum merakamkan album)

Syed Hassan Syed Abdullah (pernah menyertai kumpulan The Unwanted)

DRAM Rahman Sarbani

KEYBOARD Ahmad M. Jaffar
Sumber: http://www.muzikrock.com/sweet_charity_01.html

Kamelia


Jangan Lama-Lama




Bagaikan Bermimpi




Laluan Iklan sekejap yer. Klik ler.. sebagai penghargaan TQVM.






Teratai



Hilang Gelap Timbul Terang



Dekatlah Pada KU



Ribut 10.59 Pagi



Musibah



Pelarian









Dunia Perumbaan



Raja Kumbang


Terharu

Friday, June 25, 2010

Konsert Masih Ada Yang Sayang

Kenangan Mengusik Jiwa - A Ramlee



Kisah Dan Tauladan - A Halim









Doa Dan Harapan - A Halim



Salam Mesra - A Halim




Suratku Untukmu - J Sham



LA-O-BE - Kasim Selamat

Brazil - Highlights Sepanjang World Cup 2010

Peminat-peminat Brazil jom tengok highlight perlawanan-perlawan Brazil di Piala Dunia 2010 South Africa.








Perlawanan pertama Brazil didalam Kumpulan G menentang  Korea Utara
Barzil Menang 2-1 (Tarikh - 15/06/2010)


Perlawanan kedua Brazil Vs Ivory Cost. Brazil Menang 3-1
Tarikh (20/6/2010)


Brazil Vs Portugal  Keputusan Seri 0-0
Tarikh (25/6/2010)

*Dalam proses

Monday, June 21, 2010

Jiwa-Jiwa Luka

Jiwa-Jiwa Luka... bukanlah tajuk filem-filem lama. Tapi ia adalah sebuah tajuk lagu yang popular sekitar tahun 1980an. Apa-apa pun kita dengarlah dahulu lagu tersebut.

Versi original ini yang di upload oleh  Saudara acanov adalah versi original iaitu versi original yang dimainkan oleh rock band Search didalam Album Studio Pertama mereka iaitu Cinta Buatan Malaysia. Penyanyi untuk lagu ini ialah Saudara Amran Marsiman atau lebih dikenali sebagai Yan Lefhended. Untuk Album Cinta Buatan Malaysia ini hanya lagu ini sahaja yang dinyanyikan oleh saudara Yan lain-lain lagu dinyanyikan oleh Amy.



Perhh... bro acanov.. video dia siap lirik dan kord guitar. Apa2 pun teima kasih kerana berkongsi.

Kepada siapa yang tak kenal Yan mari tengok ni pulak. Dimainkan secara live di konsert panggung anniversari 1986. Tapi bukan dimainkan oleh Search tetapi Lefthanded.


Ni pulak versi band-band lain pula dan versi jamming

Versi Suffercation


Versi Laila Majnun Kot (Live Jamm) - wanjojet


Kepada yang belum tahu, Jiwa-jiwa luka adalah diambil dari lagu Rupa Tanpa Wajah yang dinyanyikan oleh M.Nasir Kembara yang terdapat dalam filem Kembara Seniman Jalanan 1986. Cuma melodi dan liriknya sahaja diubah. Jom dengar lagu asal Jiwa-jiwa Luka iaitu Rupa Tanpa Wajah - M Nasir



Kepada sesiapa yang nak cari kord guitar lagu Jiwa-Jiwa Luka ni siap intro, solo dan autro.boleh la tengok video dibawah. Terima kasih kepada bro2 kita yang upload kat youtube.

firedownbelow74


ais1968


Dan yang terakhir kalau nak download versi MP3
Klik http://www.esnips.com/doc/51df3c4e-58be-4247-a159-0439cc8fc60c/Search---Jiwa-Jiwa-Luka




Tuan Badul

Sunday, June 20, 2010

Studio Jalan Ampas - Dalam Kenangan

Malay Film Productions No. 8 Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapore. Itu lah alamat sebuah studio di zaman kegemilangan filem-filem lama. Terima kasih kepada mediaselatan yang meng' upload' dokumentari beliau untuk tatapan kita.




Mungkin anda teringin untuk melawati Studio Jalan Ampas ini. Walaupun di khabarkan studio tersebut tidak dijaga oleh Kerajaan Singapura. Mungkin kesan-kesan peninggalannga dapat menggamit kenangan kepada nostalgia filem melayu. Bagi yang berduit rasanya tiada masalah untuk kesana. Booking flight booking hotel .. zass pegi je la tengok... tapi bagi yang kurang berkemampuan dan ingin juga pergi melawatinya boleh la cuba layari blog ini http://temasekbajet.blogspot.com/  mungkin ianya boleh membantu..




Setinggan 1981

Setinggan adalah filem arahan Datuk Aziz Sattar pada tahun 1981 dengan durasi lebih kurang 90 Minit. Antara pelakon-pelakon nya ialah S. Shamsudin,Yusni Jaafar,Ibrahim Pendek,Sukarni Jaafar,Rozita Rohaizad ,Mariani ,Zulkeflie M. Osman,Ebby Saiful. Filem ini mengisarkan tentang Penduduk kawasan setinggan menjadi mangsa gangguan hantu dari sebuah kubur tentera jepun yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua dahulu. Antara yang menjadi mangsa gangguan ialah keluarga pak Sudin. Burn dan seorang yang mempunyai 3 orang anak gadis. Sebelum ini kampung setinggan yang dibangunkan di kawasan yang dipercayai bekas kubur tentera Jepun itu, aman damai dengan penduduknya saling bekerjasama. Tapi sejak akhir-akhir ini hantu-hantu dari kubur itu merayau dan menggangu penduduk kampung.

Selama Menonton

Maaf hanya link ke youtube sahaja dapat diberikan keran 'Embedding' telah di 'disable' .
Klik Untuk Menonton

Terima Kasih




Saturday, June 19, 2010

Sikit Punya Gila 1982

Sikit Punya Gila filem lakonan Dharma Harun dan Hamid Gurkha diarah oleh Raja Ismail merupakan sebuah filem komedi popular tahun 1982. Filem terbitan Datuk Aziz Satar ini telah merangkul anugerah Festival Filem Malaysia ke 3 (1982) Sebagai Filem Komedi Terbaik. Sinopsis : - Dharma dan Hamid berjiran dengan Nora dan Norlia. Mereka berempat menyewa rumah dari Pak Brahim, yang beristerikan Yusni. Hamid berniaga kecil-kecilan menjual jagung rebus untuk menampung kehidupannya yang seba kekurangan. Dharma juga sering bermasalah di tempat kerja. Mereka berdua mencuba berbagai cara untuk mencari wang dan menjadi kaya dengan cara yang mudah. Namun, nasib malang sentiasa melanda hidup mereka.  Jom Tengok Best.....























TAMAT

Bas Konduktor 1986


Bas Konduktor arahan Pengarah : Z. Lokman. Pelakon utama ialah Maiden, Pie dan Rose Iskandar yang ditayangkan sekitar tahun 1986. Sinopsis Filem yang berunsurkan Komedi ini bersinopsis seperti berikut:-  Cerita mengisahkan sebuah syarikat bas exspress yang dimana pekerjanya terdiri daripada golongan lelaki dan wanita. Hairani ingin menuju destinasi yang sama seperti bas yang di pandu oleh Pie dan Maidin, maka di ajak untuk menaiki bas mereka.Oleh kerana hairani tiada tempat yang hendak di tujunya, Maidin membawanya bermalam di rumah pemandu dan konduktor perempuan yang tinggal di sebuah ruma sewa. Hairani di terima bekerja sebagai konduktor di syarikat bas tersebut. Bermulalah kehidupannya sebagai pemandu dan konduktor bas.

Selamat Menonton Semoga Terhibur

































TAMAT
Terima Kasih Kerana Menonton. Senang2 Datang Lagi

Kembara Pemuzik Jalanan 1986

Kembara Seniman Jalanan diarahkan oleh Nasir Jani khas untuk tuntunan umum.
Filem ini ditayangkan sekitar tahun 1986 Pelakon Utama Ialah M. Nasir
Sinopsis:
Bujang seorang anak muda desa adalah peminat muzik. Dia berhadapan cabaran kota untuk memperjuangkan lagu-lagu rakyat tetapi gagal kerana masalah cetak rompak. Bujang akhirnya mendapat simpati daripada produser muda yang menerbitkan muziknya sehingga mencapai kejayaan.

Selamat Menonton



--Iklan--









































Tamat
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

.

.