Disebabkan halwa telinga aku ni ada elemen-elemen metal jadi untuk yang pertama aku letaklah versi As-Sahar.
Apa tak sedap? sakit telinga? Kebawahkan lagi anda banyak versi selamat berhibur.
Versi Aziz Ahmad Tuan upload youtube tidak benarkan ditampal disini jadi klik link untuk tengok. http://www.youtube.com/watch?v=zEOS4J4rprM&feature=related
Versi Othman Hamzah
Versi Loving Born
Versi Instrumental Man Kidal
Versi Abdullah Chik
Versi Rosiah Chik (Dilakon dan digayakan oleh Norlia Ghani dalam drama apa tah)
Versi Geng2 Jamming..
Versi Samtriggy
Versi Murguzz
Banyaknya versi. Dari artis dulu sampailah artis sekarang. Mungkin sesetengah orang akan menganggap versi ini tidak best la.. versi itu tak best la. Ikutlah halwa telinga anda versi mana yang best versi itu lah yang anda dengar.Apa yang best sangat lagu ni sampai banyak versi dari tua samapi ke muda nyanyikan lagu ini. Apa-apa pun jom kita tengok lirik dia. Apa yang ada dalam liriknya
Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Pada aku bila dengar lagu ni dengan alunan muzik yang syahdu dan lirik yang medalam akan timbul sikit perasaan kehilangan Temasik (Singapura) dari Jajahan Malaysia. Sebab Singapura suatu masa dahulu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Pada aku la... pada orang lain tak tahulah.. Mungkin orang Johor tahu apa yang diorang kenangkan bila dengar lagu ni..
Singah Stulang Membeli Kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi Pantai Tanjung Puteri.
Siapa Si Bongkok? Kenapa diselitkan dalam lirik lagu ni? Dari sedikit pembacaan dan bantuan pakcik google Si Bongkok adalah salah seorang pahlawan melayu yang memperjuangkan bangsa melayu ditangan penjajah. Tapi mengapa tidak sepopular Mat Kilau, Tok Janggut dll. Nak cerita panjang aku bukanlah sejarawan apa kata kita rujuk-rujuklah orang yang lebih mengetahui:-
Rujuk ke laman-laman berkut:-
1)http://latiptalib.blogspot.com/2007/07/pusara-si-bongkok-tanjung-puteri.html Tuan punya blog merupakan penulis buku.
2)http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-298363.html. Yang ni ada seseorang yang menampal di dalam forum
3)http://mesejabdul.wordpress.com/2008/11/10/ulasan-si-bongkok-tanjung-puteri/Yang ni pula ulasan dari pembaca buku latiptalib.
Ni adalah sikit gambar penulis buku Si Bongkok Tanjung Puteri (Latip Talib) semasa lawatan beliau menjejaki kubur Si Bongkok. Nak tengok banyak2 kena pergi ke blog beliau lah yer... atau beli buku beliau terus.
Kepada Anda yang budiman sekiranya anda terjumpa mana-mana link atau sumber mengenai Si Bongkok dan Tanjung Puteri boleh masukkan di ruang komen. Kepada bro2 Jamm kita yang memainkan lagu Tanjung Puteri versi anda juga dialu-alukan berkongsi link youtube anda. Marilah sama-sama kitaberkongsi..
TAK KANMELAYU HILANG DIDUNIA...... yeaaahhhh!!!
Penyanyi asalnya bukan Aziz Ahmad. Saya pernah dengar lagu ni di corong radio sekitar lewat 60an atau awal 70an. Seingat saya penya yi lelaki. Suaranya memang sesuai benar dengan lagu ini. Saya pun masih tercari-cari lagu tersebut. Sesiapa yang ada maklumat mohon kongsikan di ahmadkarib@yahoo.co.uk
ReplyDelete