Blog ini diwujudkan untuk peminat2 filem-filem melayu lama. Yang mana kebanyakannya tidak dan jarang ditayang di TV. Selamat Menonton
.
Perhatian!!!! Blog ini sekadar memudahkan peminat-peminat filem lama mencari dan menonton sahaja. Dengan ini cerita-cerita tersebut tidak akan terpapar sekiranya "youtube uploader" tersebut membuang cerita-cerita mereka dari akaun youtube.. Harap Maklum... TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG. SEMOGA TERHIBUR. KLIK BANNER IKLAN IANYA TIDAK MENGANGGU TONTONAN.. TQVM
Kepada anda yang masih belum menonton cerita ni. Jemput-jemput lah menontonnya selagi pihak berkenaan keluarkan dari youtube :) Untuk kepuasan menonton belilah cd/vcd ori. Apa2 pun sebelum anda menonton klik lah iklan diatas dan dibawah. TQVM Selamat Menonton.
Kisah mengenai kenakalan seorang mahasiswa bernama Ali di sebuah universiti. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain termasuklah Asmidar yang kerap menjadi mangsanya. Namun perasaan bencikan Ali akhirnya bertukar menjadi cinta. Begitu pun percintaan kedua-duanya menghadapi masalah apabila adik angkat Ali, Tipah yang juga mencintai Ali mengaku dinodai oleh Ali.
Os, seorang pemuda kampung, berhijrah ke Bandar Kuala Lumpur dengan tujuan menjadi superstars. Suatu hari ketika pergi ke pusat snooker, os Bertemu dengan Os superstar yang saling tak tumpah wajahnya. Os superstar mengajak Os menukar pakaian bagi mengelak diburu peminat-peminatnya. Akibatnya berlakulah kekeliruan.
Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’
Pengarah : Mamat Khalid
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Fiksyen, Komedi, Ngeri, Misteri
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 09 Disember 2010
Durasi : 100 min
Audio : Stereo
Format : 35mm