Tinjau Malaysia Merketplace

.

Perhatian!!!! Blog ini sekadar memudahkan peminat-peminat filem lama mencari dan menonton sahaja. Dengan ini cerita-cerita tersebut tidak akan terpapar sekiranya "youtube uploader" tersebut membuang cerita-cerita mereka dari akaun youtube.. Harap Maklum... TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG. SEMOGA TERHIBUR. KLIK BANNER IKLAN IANYA TIDAK MENGANGGU TONTONAN.. TQVM






----TIP MENONTON KLIK SINI----
----NAK DOWNLOAD? LIHAT CARA-CARANYA DISINI----

Monday, August 9, 2010

Review Filem akan di Pawagam September - Oktober 2010

Erm... asyik tengok filem-filem lama pun bosan juga..kan.. nak update review filem-filem baru yang akan di Pawagam Sepetember - Oktober 2010 ini pula lah..  4 filem yang akan berada dipawagan ialah:-
1) 3 Madu
2) Senario Asam Garam
3) Magika


Klik Read More untuk lebih lanjut....


3 Madu
Filem arahan dan syarikat penerbit : Prof Madya A. Razak Mohaideen, Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Filem klasifikasi  U ini akan dipertayangkan dipawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 09 September 2010. Antara pelakon-pelakonnya ialah :- Saiful Apek : Azlan / Azrul (Pelakon Utama) Fasha Sandha : Ros (Pelakon Utama) Sazzy Falak : Jane (Pelakon Utama) Rozita Che Wan : Ghasidah (Pelakon Utama) Almy Nadia : Jaja (Pelakon Utama) Rosnah Mat Aris : Suriati (Pelakon Utama) Bienda : Weena (Pelakon Utama) Marsha Milan Londoh : Zarra (Pelakon Utama) Dato' Haji Rahim Razali : Dato' Rahim (Pelakon Utama) Latif Ibrahim : Pak PJ (Pelakon Pembantu) Mohd Farid Wari : Ah Long (Pelakon Pembantu) Yusmal Ghazali : Mike (Pelakon Pembantu). Sinopsis dan jalan cerita adalah lebih kurang macam ini:-

Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus. Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?


Senario Asam Garam
Diarah oleh Hatta Azad Khan dan Syarikat Penerbitnya ialah MIG Production Sdn. Bhd. Filem Cereka Klasifikasi : U ini akan ditayangkan pada Tarikh Tayangan : 09 September 2010. Filem ini dibintangi oleh pelakon utama Mazlan Pet Pet : Asam (Pelakon Utama) Zaibo : Garam (Pelakon Utama) Julia Hana : Cik Hawa (Pelakon Utama) Azlee Senario : Pak Adam (Pelakon Utama) Fimie Don : Amin (Pelakon Utama) Dan pelakon pembantunya ialah  Nadia Mustafar : Odah (Pelakon Pembantu) Syanie : Cik Dewi (Pelakon Pembantu) Angeline Tan : Nyonya Wee (Pelakon Pembantu). Jalan ceritanya adalah lebih kurang begini:-

Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa / pejabat Pak Adam. tetapi usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati dengan Pak Adam kerana Pak Adam adalah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga warung kopi bersama anaknya Amin (10 tahun). Pergaduhan mereka lebih hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal Pak Adam.

Pak Adam adalah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana kualiti kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan mnculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adam mendapat tahu hal tersebut berusahah sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gadjetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarika mereka dan terlibat dalam rasuah. pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.



Magika
Filem Cereka Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum ini diarah oleh Edry (KRU) Dibawah Syarikat Penerbit  KRU Studios Sdn. Bhd. Dan akan ditayangkan pada  23 September 2010. Filem ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon terkenal antaranya :-

Diana Danielle : Ayu (Pelakon Utama)

Mawi : Bad (Pelakon Utama)
Fimie Don : Malik (Pelakon Utama)
Ziana Zain : Nenek Kebayan (Pelakon Utama)
Ning Baizura : Puteri Gunung Ledang (Pelakon Utama)
Maya Karin : Bunian (Pelakon Utama)
M.Nasir : Penunggu Gua (Pelakon Pembantu)
Raja Azura : Mak Andeh (Pelakon Utama)
Norman KRU : Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
Edry (KRU) : Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
Yusry KRU : Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
Aznil Nawawi : Pak Pandir (Pelakon Pembantu)
Dato' Jalaluddin Hasan : Murad (Pelakon Pembantu)
Ogy Ahmad Daud : Ija (Pelakon Pembantu)
Sharifah Amani : Bawang Putih (Pelakon Pembantu)
Leya : Bawang Merah (Pelakon Pembantu)
Adibah Noor : Makcik Halia (Pelakon Pembantu)
Ruminah Sidek : Tok Wan (Pelakon Pembantu)
Sabri Yunus : Bendahara (Pelakon Pembantu)
Saiful Apek : Hang Tuah (Pelakon Pembantu)
Mazlan Pet Pet : Hang Jebat (Pelakon Pembantu)
Azlee Senario : Hang Kasturi (Pelakon Pembantu)
Hamdan Ramli : Hang Lekir (Pelakon Pembantu)
Illya Buang : Hang Lekiu (Pelakon Pembantu)
Vanidah Imran : Mahsuri (Pelakon Pembantu)
Norman Hakim : Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Pelakon Pembantu)
Nabil : Orang Minyak (Pelakon Pembantu)
Zaibo : Nujum Pak Belalang (Pelakon Pembantu)
Hadziq : Belalang (Pelakon Pembantu)
Marsha Milan Londoh : Puteri Santubong (Pelakon Pembantu)
Azhari Mohd Zain : Doktor (Pelakon Pembantu)

Daripada pelakon dan watak2 yang disenaraikan sudah pasti anda tidak sabar menonton filem ini. Bagaimana rupanya M Nasir yang diberi watak sebagai Penuggu, Nabil orang Minyak dan banyak lagi..

Jangan lupa filem ini akan di pawagam September Ini.


Sumber : http://www.sinemamalaysia.com.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

.

.