Tinjau Malaysia Merketplace

.

Perhatian!!!! Blog ini sekadar memudahkan peminat-peminat filem lama mencari dan menonton sahaja. Dengan ini cerita-cerita tersebut tidak akan terpapar sekiranya "youtube uploader" tersebut membuang cerita-cerita mereka dari akaun youtube.. Harap Maklum... TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG. SEMOGA TERHIBUR. KLIK BANNER IKLAN IANYA TIDAK MENGANGGU TONTONAN.. TQVM






----TIP MENONTON KLIK SINI----
----NAK DOWNLOAD? LIHAT CARA-CARANYA DISINI----

Tuesday, August 10, 2010

Seniwati Filem Melayu 50an Mariam Meninggal Dunia

2010/08/09 Seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum, 75 iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya di sini, pagi tadi kerana sakit tua di kondominiumnya di Yishun kira-kira jam 5.50 pagi. Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan
Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang. Allahyarham meninggalkan enam anak daripada dua perkahwinan



Serba sedikit mengenai  Allahyarham :
Allahyarham Mariam adalah kakak kepada primadona Allahyarham Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon, Allahyarham Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon cilik filem "Batu Belah Batu Bertangkup", Allahyarham Bat Latiff. Mariam atau lebih dikenali dengan panggilan Mariam Tahi Lalat di kalangan peminatnya dilahirkan di Singapura pada tahun 1935, dan pernah berlakon bersama seniman agung, Allahyarham P Ramlee dalam filem “Anjuran Nasib” arahan B S Rajhans pada 1952.

Menerusi filem itu, Mariam memenangi gelaran “Bintang Pujaan Wanita Malaya Kedua” oleh Filem Raya Magazine pada 1953 dan juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 pada 2001 dan FFM ke-22 di Kota Kinabalu tahun lalu.

Allahyarham yang pernah menjadi pelayan restoran sebelum menceburi dunia perfileman, Mariam tampil menerusi lakonan filem seperti “Aloha” (1950), “Dewi Murni” (1950), “Kembar” (1950), “Aladdin” (1952), “Kipas Hikmat” (1955), “Abu Hassan Penchuri” (1955) dan “Antara Dua Darjat” (1960).

Antara pelakon yang seangkatan dengan Mariam ialah Kasma Booty, Osman Gumanti, Datuk Mustapa Maarof, pelawak, S Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar.

Sumber http://www.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

.

.