Tinjau Malaysia Merketplace

.

Perhatian!!!! Blog ini sekadar memudahkan peminat-peminat filem lama mencari dan menonton sahaja. Dengan ini cerita-cerita tersebut tidak akan terpapar sekiranya "youtube uploader" tersebut membuang cerita-cerita mereka dari akaun youtube.. Harap Maklum... TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG. SEMOGA TERHIBUR. KLIK BANNER IKLAN IANYA TIDAK MENGANGGU TONTONAN.. TQVM






----TIP MENONTON KLIK SINI----
----NAK DOWNLOAD? LIHAT CARA-CARANYA DISINI----

Thursday, July 8, 2010

Jelaskan Semua Saman PDRM Bagi Mengelakkan Kegagalan Pembaharuan Cukai Jalan (JPJ)

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai Sistem Saman Trafik/PDRM telah di hubungkan dengan sistem JPJ. Maka dengan itu kesemua saman kesalahan jalanraya, tidak kira saman ditandatangani atau pun tidak ditandatangani (saman ekor/perangkap laju) hendaklah dijelaskan sebelum anda layak memperbaharui cukai jalan JPJ (road tax). Sebagai langkah bersiap sedia semaklah saman-saman anda sebelum tiba masa anda untuk meperbaharui cukai jalan. Ini bagi mengelakkan anda anda mengalami masalah kewangan untuk memperbaharui cukai jalan. Mana tidaknya saman perangkap laju ada 10 saman. Cuba anda darab dengan RM300 tak ke jumlahnya RM3000. Itu baru saman belum cukai jalan. Jika anda adalah salah seorang yang memiliki saman yang tidak ditandatangani yang banyak, bertindaklah segera membayar sedikit-sedikit saman tersebut. Ini bagi mengelakkan anda menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan anda. Jelaskan Semua Saman PDRM Bagi Mengelakkan Kegagalan Pembaharuan Cukai Jalan (JPJ)

Kepada tuan kereta yang selalu bagi rakan-rakan pinjam. Hati-hati saman-saman ekor ini akan didaftarkan atas nama anda. Jika rakan anda yang meminjam itu ditahan dan disaman atas tandatangan dia tidak mengapa kerana saman itu didaftarkan atas nama dia. Oleh itu hati-hati sebelum mengizinkan rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja memnadu kereta anda. Mana kita tahu rakan anda langgar lampu isyarat berkamera ke, memandu melebihi had kelajuan ke.

Sumber-sumber ini adalah diperolehi dari sumber-sumber yang sangat boleh dipercayai. Apa-apa pun sila rujuk JPJ berhampiran anda untuk kepastian. Mungkin ada rakan-rakan yang sudah berhadapan dengan masalah ini kongsi-kongsilah di ruangan komen

Oleh itu Jelaskan Semua Saman PDRM Bagi Mengelakkan Kegagalan Pembaharuan Cukai Jalan (JPJ) anda.

P/S - Gambar didalam entry ini tiada kaitan langsung dengan isi kandungan entry ini.
      - Jelaskan Semua Saman PDRM Bagi Mengelakkan Kegagalan Pembaharuan Cukai Jalan (JPJ)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

.

.