Tinjau Malaysia Merketplace

.

Perhatian!!!! Blog ini sekadar memudahkan peminat-peminat filem lama mencari dan menonton sahaja. Dengan ini cerita-cerita tersebut tidak akan terpapar sekiranya "youtube uploader" tersebut membuang cerita-cerita mereka dari akaun youtube.. Harap Maklum... TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG. SEMOGA TERHIBUR. KLIK BANNER IKLAN IANYA TIDAK MENGANGGU TONTONAN.. TQVM






----TIP MENONTON KLIK SINI----
----NAK DOWNLOAD? LIHAT CARA-CARANYA DISINI----

Tuesday, July 20, 2010

Ragam P Ramlee - Minta Nombor Ekor 1964

Ragam P Ramlee Minta Nombor Ekor ialah salah satu cereka didalam Ragam P-Ramlee. Filem ini diarah oleh Tan Sri P-Ramlee Sendiri dan penulis cerita asal ialah oleh Marican Pawancheek dan Lakon Layarnya oleh Tan Sri P Ramlee. Cerita ini dikategorikan oleh filem jenaka mengisahkan mengenai


RAMLEE dan Raden tinggal serumah dan gemar sekali berjudi tikam ekor. Berdasarkan orang mati yang di mimpikan oleh Raden, setelah di tolak campur dan sebagainya, Ramlee memilih nombor 102 manakala Raden yang sudah nekad membeli nombor 204 terbeli nombor 402 apabila terlupa disebabkan tergoda dengan kelipan mata seorang wanita kepadanya.

Dalam pada itu Ramlee dan Raden sudah terpikat dengan kejelitaan Safiah, penjual nombor ekor. Masing-masing berjanji akan berkahwin dengan Safiah sekiranya nombor yang mereka beli itu mengena. Apabila perlumbaan kuda dijalankan, nombor pilihan Raden 204 naik, tetapi kerana tersalah ambil (402), Raden kecewa.

Selepas itu Ramlee dan Raden berusaha berbagai cara meminta nombor ekor termasuk kepada nenek di pokok buluh yang mana Ramlee menyamar sebagai nenek dan memberi nombor 909 kepada Raden. Sekali lagi nombor bertukar (menjadi 999) apabila dia bersua dengan Safiah. Kemudian Ramlee dan Raden pergi pula bertemu dengan Dukun Mak Yong yang mencadangkan supaya mereka pergi ke kubur orang mati dibunuh.



Walaupun takut tetapi kerana mahu kaya punya pasal Ramlee dan Raden terpaksa memberanikan diri untuk pergi juga. Ketika berada di kubur datang seseorang ke perigi buta, dan di kala itu Ramlee sempat mengambil gambar dan ternyata dalam gambar tersebut dia tidak lain ialah Pak Leman yang sedang hendak melepas – membuang air besar.

Jom Tengok ........







Tamat

1 comment:

  1. filem p ramlee yang ni jarang di tayang lah kat tv kan kan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

.

.