Samarkand?? apa tu. Otai2 rock rasanya tau kot.. Tajuk lagu Bloodshed betul tak bro? Apa2 pun dengar lagu kat bawah ni dulu. Kemudian tengok kat bawah ada serba sedikit mengenai Samarkand.
Nak Lirik Lagu Samarkand - Bloodshed ?http://www.liriklagu.com/liriklagu_ad/Bloodshed_Samarkan.html
Versi Amuk
Versi Sil Khannaz
Apa itu Samarkand?
Lokasi Geografinya:
- Samarkand dianggap sebagai salah sebuah bandar tertua di dunia.
- Samarkand terletak di Republik Uzbekistan.
- Perkataan “Kand” adalah berasal dari perkataan Parsi yang bererti: Bandar. Adapun kalimah “Samar” sehingga sekarang tidak dapat diterjemahkan secara tepat.
- Samarkand pernah menjadi Ibu Negara bagi Transoxiania selama lima kurun semenjak zaman pemerintahan kerajaan Samani sehinggalah ke zaman pemerintahan Timuri. Di samping itu juga Samarkand dan Bukhara menjadi salah sebuah bandar membangun bagi negara Transoxiana.
- Samarkand dikenali sebagai salah sebuah negara yang terindah sehingga ia diumpamakan sebagai “Syurga Sejati”. Iklimnya tidak menentu (terlalu sejuk pada musim sejuk dan terlalu panas pada musim panas) sebagaimana iklim yang biasa berlaku di Asia Tengah.
- Bilangan penduduk Samarkand pula menjangkau lebih kurang setengah juta orang.
Kedudukan Samarakand:
Pembukaan kawasan Islam:
Mercu tanda Samarkand:
Tokoh-tokoh ulama Samarkand yang terkenal:
- Di Samarkand terdapat sekumpulan ulama yang terkemuka di antaranya ialah: Muhammad bin Adiy As-Samarkandi, Abu Mansur Al-Maatiridi, Abu Al-Hasan Al-Miidani, Ahmad bin Omar Abu Bakar As-Samarkandi, Muhammad bin Mas’ud As-Samarkandi pengarang tafsir yang dikenali dengan tafsir Al-’Iyasyi, Alauddin As-Samarkandi, Najibuddin As-Samarkandi, Syamsuddin As-Samarkandi, Abu Al-Qasim Al-Laithi As-Samarkandi dan Qadi Zadah Ar-Rumi.
- Salah satu perindustrian lama yang terkenal di Samarkand ialah perusahaan kertas, tenunan dan permaidani.
- Samarkand juga terkenal sepanjang zaman dengan beberapa buah sekolah yang membuktikan bahawa penduduknya sangat mementingkan ilmu.
- Selain dari itu, di Samarkand juga terdapat kubur Imam Bukhari rahimahullah pengarang kitab hadis yang paling Sahih.
- Pembukaan kawasan Islam di sekitar Transoxiana (Sungai Jaihun) bermula pada tahun 46 Hijrah, kemudian Qutaibah bin Muslim dilantik sebagai gabenor Khurasan. Pada masa itu pemerintah Samarkand bernama ‘Tarkhun’.
- Pada tahun 91 Hijrah / 709 Masihi, Tarkhun mengadakan perjanjian damai dengan Qutaibah bin Muslim secara membayar Jizyah kepada umat Islam dan menyerahkan tawanan kepada mereka sebagai jaminan, walau bagaimanapun tindakan Tarkhun itu mendapat kemarahan rakyatnya, kemudian dia disingkir dari memegang kuasa seterusnya mereka melantik Ikhsyid Ghaurik sebagai penggantinya. Walaupun begitu Qutaibah bin Muslim berjaya juga menundukkan Ikhsyid Ghaurik supaya menyerah kalah pada tahun 93 Hijrah / 712 Masihi selepas membuat kepungan yang agak lama ke atas Samarkand.
- Samarkand dan Bukhara terus menjadi pangkalan utama untuk membuat pembukaan-pembukaan kawasan Islam yang lain serta sebagai tempat untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh negara.
- Setelah itu Samarkand mengalami era kelemahan, iaitu selepas Islam berjaya disebarkan ke negeri Cina, India dan Russia sendiri sehinggalah bumi Russia dapat dikuasai selama tiga kurun malah sejarah Islam telah mencatatkan bahawa Diuk (wilayah di bawah kekuasaan putera Mahkota) Moscow setiap tahun membayar ufti kepada pemerintah Bukhara, tetapi Caeser Russia bertindak segera merampas kembali wilayah ini sehinggalah roboh tembok Islam yang pertama iaitu tembok “Aaq Masjid” di negeri Transoxiana ke tangan Russia pada tahun 1852 Masihi.
- Ketika kerajaan Othmaniah sedang agresif mengecam Eropah pada pertengahan kurun yang ke 16 dan berjaya sampai ke Afrika dan Asia, Caeser Russia pula giat mengecam Samarkand dan negara Islam lain yang berada di sekitarnya. Apabila tertegak sistem Kapitalis pada tahun 1342 Hijrah / 1923 Masihi di Russia, Samarkand secara tak langsung termasuk di dalam Republik yang suatu ketika dahulu dikenali dengan Persekutuan Sosialis Soviet Union (USSR) sehinggalah sistem ini mengalami keruntuhan pada tahun 1412 Hijrah / 1991 Masihi. Ekoran dari peristiwa ini Samarkand dengan sendirinya menjadi salah sebuah bandar Republik Uzbekistan selepas Republik tersebut mencapai kemerdekaan.
- Kini Samarkand di anggap sebagai salah sebuah bandar yang paling membangun di Uzbekistan di dalam sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian.
- Di dalam lembaran sejarah, Samarkand telah mengalami keruntuhan sebanyak tiga kali: Pertamanya pada tahun 329 Sebelum Masihi di bawah pemerintahan Iskandar di mana pada masa tersebut Samarkand bernama Markanda. Kali kedua berlaku pada zaman pemerintahan Genghis Khan tahun 617 Hijrah / 1220 Masihi. Manakala kali ketiga pula ketika Samarkand berada di bawah pimpinan Uzbek. Ia berlaku pada pertengahan kurun yang ke 9 Hijrah / kurun ke 15 Masihi di mana ketika itu kabilah-kabilah Uzbek tidak ada seorangpun yang memeluk Islam.
Sumber diambil tanpa sebarang edit dari : http://darululumonline.wordpress.com/2009/05/15/bandar-samarkand/
.
Perhatian!!!! Blog ini sekadar memudahkan peminat-peminat filem lama mencari dan menonton sahaja. Dengan ini cerita-cerita tersebut tidak akan terpapar sekiranya "youtube uploader" tersebut membuang cerita-cerita mereka dari akaun youtube.. Harap Maklum... TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG. SEMOGA TERHIBUR. KLIK BANNER IKLAN IANYA TIDAK MENGANGGU TONTONAN.. TQVM
----TIP MENONTON KLIK SINI----
----NAK DOWNLOAD? LIHAT CARA-CARANYA DISINI----
----TIP MENONTON KLIK SINI----
----NAK DOWNLOAD? LIHAT CARA-CARANYA DISINI----
Friday, July 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jalan jalan malam..........
ReplyDelete